Friday 18 November 2016

Ciri-ciri Keusahawanan


1.1 CIRI-CIRI USAHAWAN
1.1.1 RANGKAIAN USAHAWAN (NETWORKED) 
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Rangkaian usahawan adalah salah satu ciri yang sangat penting dalam memastikan kejayaan seseorang usahawan. Rangkaian merupakan perhubungan yang dibina untuk berkekalan dan saling menguntungkan antara usahawan itu sendiri dan bagi mereka yang terlibat. Rangkaian juga bermaksud sebagai jaringan perniagaan atau dikenali juga sebagai jaringan formal atau ‘extended network’ yang merupakan hubungan yang pada mulanya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Ianya juga merupakan hubungan yang wujud antara beberapa individu di dalam sesebuah perniagaan seperti peniaga, pembekal, pelanggan, pihak bank, akauntan, kerajaan dan seumpamanya. Usahawan yang mempunyai rangkaian yang efektif dan baik bagi pengguna luaran dan dalaman mampu menjadikan ianya sebagai satu kelebihan peluang perniagaan bagi usahawan tersebut. Hubungan rangkaian yang baik juga mampu mewujudkan sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak seterusnya mampu mencipta nama di dalam industry di sebalik mempunyai rangkaian yang baik.
Sebagai contoh, usahawan yang dapat dikaitkan di sini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan ahli perniagaan Melayu yang merebut peluang untuk menggunakan pengaruh dan hubungan rapat dunia Islam bagi menggerak dan mengembangkan pelaburan dan modal ekonomi di antara negara-negara Islam seluruh dunia. Ini dapat dilihat melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama beliau dan rakannya yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersertakan modal pelaburan sebanyak RM 1 billion. Syarikat mereka menjalankan kegiatan memproses aluminium, penjana kuasa dan hartanah. Perniagaan mereka terus maju apabila telah membuat perjanjian dengan Mohamad Ali Allabar kerana ianya telah berjaya menarik ramai pelabur asing dari serata dunia terhadap syarikat mereka. Beliau telah menggunakan dengan baik terhadap kelebihan yang dimiliki oleh rakannya iaitu memiliki kewangan yang kukuh bagi menjayakan perniagan mereka bersama-sama.

1.1.2 BERANI MENGAMBIL RISIKO (OPEN RISK TAKER) 
Tan Sri Lim Goh Tong

Risiko bermaksud kemungkinan bagi seseorang mendapat bahaya atau kerugian dalam sesebuah perniagaan. Terdapat beberapa risiko yang dapat dikenalpasti antaranya ialah risiko kerugian kewangan, risiko terhadap fizikal diri dan risiko kehilangan sesuatu yang berharga buat diri seseorang itu. Bagi seseorang usahawan, berani untuk mengambil risiko adalah salah satu factor yang mendorong kepada kejayaan mereka. Secara teorinya, semakin besar risiko yang diambil oleh seorang ushawan, maka semakin besar peluang dan kejayaan yang akan diperolehi kelak. Sebelum mengambil seseuatu risiko, usahawan perlulah mengkaji dan membuat penialaian terhadap risiko yang bakal dihadapi agar dapat mencuba untuk mengatasinya.
Usahawan yang dapat dikaitkan dengan ciri usahawan ini ialah Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan pengasas dan PresidenGentingGroup. Pada tahun 1964, beliau telah terfikir untuk membina suatu tempat yang bercuaca dingin yang boleh dinikmati oleh orang ramai kerana Malaysia merupakan negara yang bercuaca panas sepanjang tahun. Idea ini tercetus ketika beliau sedang menjalankan projek hidroelektrik di Cameron Highland. Setelah menjalan beberapa kajian, beliau telah memutuskan untuk memilih kawasan antara Genting Sepah ke puncak Gunung Ulu sebagai kawasan yang paling sesuai buat perniagaannya. 
Bagi membuka perniagaannya di atas puncak tersebut, beliau perlu membina jalan untuk ke puncak itu dan hal ini adalah mustahil bagi sesetengah pihak kerana kosnya yang sangat tinggi. Beliau telah dilabel sebagai seorang yang gila kerana telah merealisasikan idea yang tidak menjanjikan pulangan modal dan merupakan satu idea yang sangat mustahil. Walau bagaimanapun, beliau tidak mempedulikan kritikan orang di sekeliling dan berusaha dengan sedaya upaya untuk mengumpul duit dan merealisasikan idea beliau. Oleh sebab keberanian beliau untuk mengambil risiko dalam perniagaan, beliau kini telah membuahkan hasil apabila Genting Highland Resort telah menjadi pusat peranginan dan pelancongan yang sangat maju dan sering mendapat sambutan daripada pengunjung. Ciri ini dapat dilihat apabila beliau mengambil risiko yang sangat tinggi untuk membuka pusat peranginan di puncak bukit yang belum tentu menjanjikan sebarang keuntungan kepada beliau.

1.1.3 PEMERHATI (OBSERVANT) 
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah

Pemerhati dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia juga membawa maksud seseorang yang memberikan perhatian yang banyak dalam membuat sesuatu kerja dan melakukannya dengan penuh berhati-hati. Bagi menjadikan seseorang ushawan itu berjaya, usahawan perlulah bersikap prihatin terhadap persekitarannya dan mencuba untuk merebut segala peluang yang ada dalam memajukan perniagaannya. Di samping itu, usahawan perlulah mempunyai daya penglihatan yang tajam serta mempunyai kebijaksanaan untuk berfikiran jauh dan luar daripada kotak fikiran.
Sebagai contoh, usahawan yang dapat dikaitkan dengan ciri ini ialah Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah yang merupakan seorang usahawan yang mempunyai daya pemikiran yang tajam. Hal ini dapat dibuktikan melalui tindakan beliau dalam mengendalikan kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1985. Pada era kegawatan ekonomi tersebut, Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang sangat tinggi yang hamper melenyapkan dana pemegang sahamnya. Dalam situasi berikut, beliau telah Berjaya untuk berfikir kehadapan dengan mencetuskan idea untuk melibatkan diri dalam sector pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan. Dengan memiliki daya pemikiran yang teliti dan kreatif, beliau telah berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhaddan Sunway Building Technology Berhad. Hal ini membuktikan bahawa jika seseorang usahawan mampu untuk memiliki daya pemikiran yang tajam dan mampu untuk melihat factor persekitaran perniagaannya maka usahawan tersebut dapat mecipta nama yang besar dalam bidang perniagaannya.

1.1.4 PROAKTIF (PROACTIVE) 
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin

Proaktif bermaksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Dengan kata lain, tujuan tingkah laku yang proaktif adalah untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan serta mengambil tindakan segera terhadap masalah, ancaman dan potensi. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, mereka perlu ada sikap proaktif dalam diri kerana dengan adanya cirri ini mereka akan mempunyai matlamat yang jelas dan bertindak lebih agresif dalam segala tindakan yang akan dilakukan dalam dunia perniagaan.
Tambahan pula, usahawan yang proaktif akan selalu mencari peluang-peluang baru di luar bidang operasi perniagaan untuk mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang proaktif akan memperbaiki kelemahan perkhidmatan ataupun produk dengan segera sekiranya berlaku situasi di mana pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan atau produk yang diberi oleh usahawan.
Tokoh usahawan Malaysia yang boleh dikaitkan dengan sikap proaktif ini adalah usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin dan beliau telah menubuhkan pasaraya Mydin selepas ayah beliau. Sebut sahaja pasaraya Mydin, pasti semua lapisan masyarakat Malaysia mengetahuinya iaitu sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya yang lain, tambahan pula, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu.
Beliau bersikap proaktif dengan cara mencari peluang-peluang dalam pasaran yang membolehkan perniagaanya berkembang maju serta tidak lupa juga untuk memenuhi permintaan dipasaran dengan menawarkan harga jualan yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain. Sebagai tambahan, beliau juga mencari maklum balas daripada pelanggan untuk memenuhi permintaan baru pelanggan. Oleh itu, sebagai usahawan perlu ada sikap proaktif dalam diri dan pandai mencari peluang untuk memajukan perniagaan.

1.1.5 KERJA BERORIENTASIKAN KUMPULAN (TEAM ORIENTED) 
Datuk Wan Mohamad Sani Salleh

Kerja berorientasikan kumpulan membawa maksud kerja dalam sepasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerja berorientasikan kumpulan juga membawa maksud usahawan itu sendiri tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja namun setiap keputusan yang dibuat di dalam sesuatu projek perlu ada perbincangan dan persetujuan semua pihak dalam sesebuah organisasi.
Selain itu, kerja berorientasikan kumpulan berkonsepkan tiada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap orang dalam kumpulan tersebut mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatdan idea mereka tanpa ada sifat diskriminasi. Dalam kontek sini, pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang saling bekerjasama antara satu sama lain dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat, visi, misi, serta sasaran yang ingin dicapai dalam kerja berpasukan.
Dengan adanya criteria ini, projek yang dijalankan akan menjadi mudah dan tidak berlakunya masalah yang tidak diingini. Seperti mana yang kita lihat, dalam sesebuah syarikat mempunyai kumpulan atau pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Usahawan yang berjaya perlulah mempunyai semangat berpasukan dan mempunyai standard dan kualiti yang tinggi untuk membantu syarikat berkembang dan terus membangun pada masa yang akan datang. Tokoh usahawan yang mempunyai ciri kerja berorientasikan kumpulan adalahDatuk Wan Mohamad Sani Salleh. Beliau merupakan seorang usahawan automotif iaitu perniagaan dalam bidang pengangkutan. Beliau juga adalah PengarahUrusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang dikenali masyarakat dan namanya terukir pada badan bas yang berwarna merah ‘Sani Express’ yang kini menjadi pilihan ramai pengguna untuk menggunakan bas tersebut bagi perjalanan jarak jauh.
Kriteria kerja berorientasikan kumpulan ini ada terdapat dalam diri usahawan ini di mana pada mulanya, beliau membuka perniagaan bersama dua orang rakan kongsi sehinggalah akhirnya dua orang rakannya itu membuat keputusan untuk menarik diri. Pada saat itu juga lah, beliau mula merasakan keadaan yang sukar kerana terpaksa melakukan semuanya bersendirian tanpa rakan kongsi. Namun dengan adanya semangat keusahawanan yang kuat dalam diri, beliau mampu bangkit daripada situasi yang sukar dan kini beliau telah memiliki lebih daripada 150 kakitangan sendiri.
Selain itu, beliau juga mesra dengan kakitangannya dan sentiasa mengambil berat setiap jawatan yang ada di dalam syarikat beliau daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana beliau berpendapat bahawa jika satu jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu. Maka, wajarlah Datuk Wan Muhamad Sani Salleh dijadikan tokoh usahawan untuk kriteria kerja berorientasikan kumpulan.


1.1.6 BERFIKIRAN YANG BEBAS (OPEN MINDED)
Ray Kroc

Pada era teknologi kini, usahawan seharusnya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang-peluang yang ada dengan sendirinya. Dengan kata lain, usahawan yang mempunyai criteria ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah seorang peneraju kejayaan dalam sesebuah perniagaan.
Tambahan pula, usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan untuk membuat keputusan yang terbaik dan menjana idea yang lebih kreatif dan mesra pelanggan. Namun begitu, segala keputusan yang ditetapkan berdasarkan kepentingan yang membawa kepada keuntungan perniagannya. Untuk pengetahuan anda, melalui kreativiti yang ada pada diri usahwan, mereka boleh mempertingkatkan perniagaan secara semula jadi melalui sifat berfikiran yang bebas.
Tokoh usahawan yang berfikiran bebas yang boleh dicontohi ialah usahawan dalam bidang makanan, Ray Kroc iaitu pemilik McDonald’s. Beliau dikatakan mempunyai ciri berfikiran yang bebas kerana beliau telah mempelbagaikan menu, reka bentuk bangunan dan reka bentuk dalaman kepada penyesuaian budaya tempatan sesuatu tempat. Hal ini dapat dilihat di negara-negara Islam seperti Pakistan dan Malaysia. Beliau telah mendapatkan sijil halal makanan di samping telah mengiklankannya melalui media massa dan risalah yang memberi jaminan terhadap produk makanan beliau telah disahkan  halal oleh JAKIM. Antara menu yang telah dipelbagaikan yang terdapat di Malaysia ialah bubur, sup dan lain-lain lagi dimana ianya menepati selera tempatan. Justeru, Ray Kroc sesuai dijadikan sebagai ‘role model’ bagi cirri usahawan berfikiran yang bebas.
1.1.7 BERWAWASAN ( VISIONARY)
TAN SRI DATO' LOH BOON SIEW

Berwawasan di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud seseorang yang mempunyai pandangan jauh mengenai kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu perkara dan sememangnye dia merupakan seorang pemimpin yang disanjungi. Hal ini kerana sifat berwawasan ini penting dan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap usahawan. Adalah mustahil untuk sesebuah syarikat ataupun perniagaan untuk beroperasi dengan sempurna dan operasi mereka tidak dapat dipertahankan hingga ke masa hadapan jikalau tidak mempunyai sifat ini pada seseorang usahawan. Seperti yang diketahui, usahawan akan melihat dunia dengan pandangan berbeza, mencari idea yang baharu secara berterusan, dan mencari inovasi sebagai suatu hobi.
Menurut Meriam Webster (2015), berwawasan merujuk kepada individu yang mempunyai kemampuan untuk menunjukkan idea yang jelas berkaitan apa yang perlu berlaku atau perlu dilakukan pada masa depan. Seoarang usahawan yang berwawasan mempunyai visinya sendiri di sebalik kejayaan yang dimilikinya kini. Bagi usahawan yang mempunyai visi selalunya akan membuat analisisnya sendiri tentang cabaran dan ancaman yang akan dihadapi beliau kelak. Di samping itu juga, seorang usahawan perlu menganalisis peluang dan kekuatan perniagaan yang dimiliki (Smale, 2015). Usahawan yang dipilih sebagai contoh tokoh yang mempunyai sifat berwawasan ini adalah  Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew kerana ciri ini dapat dilihat pada diri mendiang.
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew merupakan seorang jutawan di Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Sdn Bhd yang dikenali ramai sebagai “Mr. Honda”. Beliau berhijarah dari Daerah Fujian, China ke Pulau Pinang ketika umurnya 12 tahun dan beliau juga telah bekerja sebagai pelatih mekanik kereta. Bagi mendapatkan pendapatan tambahan, beliau mencuci bas kerana menurut sejarah, beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Hal ini kerana beliau mempunyai kehidupan yang sangat daif dan miskin serta tidak mampu untuk ke sekolah atass masalah kewangan. Namun begitu, beliau mempunyai kelebihan seperti daya ingatan yang sangat baik dan sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, kunci kejayaan beliau adalah beliau sentiasa berpandangan jauh kehadapan serta mempunyai kebolehan menjangka dan meramal untuk bersiap sedia. 
Beliau juga dapat dilihat sebagai seorang usahawanan yang berjaya dan berwawasan tinggi melalui pertubuhan kilang motosikal beliau di Pulau Pinang iaitu Boon Siew Assembly Plant. Kilang tersebut merupakan kilang motosikal yang pertama dibina di Malaysia atas kejayaan beliau membawa masuk motosikal Honda dari Jepun ke Malaysia. Kesan daripada penubuhan kilang tersebut, kos pemasangan dan jualan dapat dikurangkan kerana motosikal Honda tersebut tidak lagi dipasang di Jepun tetapi dipasang di Malaysia. Hasil daripada penubuhan kilang itu, Boon Siew Sdn Bhd juga telah memperkenalkan beberapa model terbaru motorsikal Honda iaitu model Honda S90Z dan sehingga kini, terdapat pelbagai jenis motorsikal Honda yang berada di pasaran.
Kelebihan bagi usahawan seperti Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang mempunyai sifat berwawasan tinggi inilah yang dapat membantu memacu beliau untuk terus berjaya terutamanya dalam bidang permotorannya.Seperti biasa, tidak semua atau hanyalah segelintir sahaja usahawan seperti beliau yang mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan. Senjata utama Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew untuk terus memajukan dan bergerak di dalam industry permotoran di Malaysia ini adalah sifat positif ini iaitu berwawasan tinggi.

1.1.8 KREATIF DAN INOVASI (CREATIVE AND INNOVATIVE)
Dato Seri Dr Hajjah Hamiza Binti Othman

Kreativiti dan inovasi adalah suatu yang boleh dikaitkan dengan penambahbaikan, pembaharuan, penemuan dan penciptaan bagi menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Seperti mana yang diketahui ramai, konsep kreativiti dan inovasi ini sangatlah luas dan ianya sering diguna pakai di dalam pelbagai bidang dan situasi termasuklah dalam bidang perniagaan. Dalam bidang perniagaan, usahawan haruslah mempunyai ciri kreatif dan inovasi ini kerana ianya sikit sebanyak dapat membantu seseorang itu untuk menghasilkan idea dan konsep yang baru sekaligus dapat mengkomersialkan idea tersebut dalam bentuk produk. 
Kedua-dua ciri ini perlu ada di dalam diri usahawan itu sendiri kerana ianya saling melengkapi satu sama lain. Usahawan yang inovasi akan berusaha untuk mengembangkan dan membuat membaharuan dalam kerjayanya agar beliau tidak dianggap ketinggalan dan mampu bersaing di dalam global. Apabila seseorang usahawan itu mempunyai sifat inovasi, maka beliau juga perlu menjadi seorang yang kreatif agar dapat menghasilkan produk baru yang canggih serta mempunyai keunikkannya sendiri.  Oleh itu, usahawan perlulah mempunyai ciri ini agar dapat meghasilkan produk yang mengikut peredaran masa.
Dato Seri Dr Hajjah Hamiza Binti Othman yang lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kreatif dan inovasi ini dalam dirinya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau meggunakan sumber inovasi perubahan pasaran dan industri dimana kini masyarakat lebih tercendurung kearah produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan agar dapat memperolehi kehidupan yang sihat dan cantik. Seperti yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, Dato Seri Vida telah menghasilkan dan mengedarkan produk kecantikan dan kesihatan seperti Pamoga dan Qu Puteh. Kini, beliau telah membuat penambahbaikan dengan meluaskan lagi pengguna produknya yang dahulunya hanya untuk golongan dewasa dan remaja tetapi kini kanak-kanak turut boleh menggunakan produk untuk IQ terbaharunya.
Sebelum beliau berjaya hingga kini, pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh Dato Seri Vida untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dato Seri Vida juga mempunyai semangat kuat walaupun beliau seorang wanita dan tidak mudah untuk berputus asa dalam mempromosikan produknya walaupun pelbagai pandangan dan tuduhan terpaksa dihadapi oleh beliau bagi mempromosikan produknya.  Bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau di dalam pasaran, beliau perlu kreatif dan inovasi dan hasil daripada itu, beliau telah membuat perhitungan dan menetapkan pendiriannya dengan menaja pasukan bola sepak Kelantan dan program televisyen seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Gegar Vaganza, Mentor Millenia TV3 dan Ceria i-Star untuk memastikan agar lebih banyak produk yang dihasilkan oleh beliau dikenali ramai. Dengan menaja program tersebut sekaligus beliau dapat untuk mengambil peluang yang ada bagi mempromosikan Malaysia di pasaran global kerana produknya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Brunei dan Singapura. Beliau juga telah mengambil semua halangan yang dihadapi serta setiap kritikan dan komen yang diperolehi sebagai pembakar semangat dalam dirinya untuk menjadi lebih kreatif dan inovosi sekaligus dapat memperbaiki kelemahan yang sedia ada dalam dirinya mahupun syarikatnya.

1.1.9 KEPIMPINAN (LEADERSHIP)
Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin akan berusaha untuk mempengaruhi perlakuan pekerjanya dalam melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah unit ataupun organisasi. Oleh yang demikian, sifat kepimpinan ini amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan ataupun syarikat. Maka dengan itu, sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri seorang usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Menurut kamus dewan dan pustaka, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Sifat ini juga sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin pada zaman kini antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan transformasi, kepimpinan ‘visionary’ serta kepimpinan ‘transactional’. 
Usahawan yang mempunyai sifat kepimpinan ini dapat dilihat di dalam diri Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd. Sifat kepimpinan beliau dapat dilihat apabila penerbangan fledging dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan yang berkembang dibawah kepimpinan beliau. Tambahan pula, hutang tersebut telah berjaya dibayar balik semuanya dan telah memperoleh kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama mulakan operasi. Syarikat penerbangan beliau (AirAsia) diluaskan daripada dahulu, di mana bilangan penerbangan domestic dan antarabangsa yang sedikit sehari tetapi kini telah melonjak operasinya lebih 100 penerbangan setiap hari.  Di bawah kepimpinan Tony juga, AirAsia telah merevolusikan industri perjalanan udara di Malaysia dan merintis fenomena kos rendah di Asia. Usaha sama antara AirAsia bersama Thailand dan Indonesia turut terbentuk apabila AirAsia telah memegang 49% kepentingan di dalam kedua-dua syarikat tersebut.  
Selain daripada usaha beliau terhadap perniagaan, Tony juga tidak lupa untuk memelihara kebajikan pekerjanya seperti mana kesemua pemimpin harus lakukan. Bagi memahami dan mengetahui lebih lanjut halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pekerjanya ketika menjalankan tugasan masing-masing, beliau sendiri telah melakukan kerja-kerja yang sama seperti pekerjanya. Beliau juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap pekerjanya merupakan asset yang penting kepada syarikat kerana mereka adalah penggerk syarikat tidak kira di mana pun kedudukan pekerja tersebut. Oleh itu, beliau berusaha memupuk dan membentuk pekerja agar mengamalkan budaya kuat dan cekap dalam melaksanakan kerja bermula hari pertama mereka diambil bekerja di dalam pasukan AirAsia ini.
Kebaikan semasa kepimpinan Tony yang membuatkan pekerjanya selesa dan suka untuk bekerja di bawah kepimpinannya kerana beliau sendiri suke untuk mendengar idea dan pandangan yang diberikan oleh pekerjanya dari setiap bahagian dan peringkat. Beliau akan memberikan perhatian pada idea dan hujah yang boleh diterima pakai daripada pekerjanya. Bagi mereka yang mempunyai kerja yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat akan diberkan berbagai insentif tanda penghargaan. Insentif yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah bagi mereka yang bekerja bersungguh-sungguh, akan diberikan peluang untuk meluaskan karier mereka walaupun mereka tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Akhir sekali, Tony merupakan seorang yang tepat untuk dijadikan tokoh kepimpinan kerana beliau sentiase melihat dan memikirkan peluang yang ada serta memelihara hubungannya dengan pekerja.


Ciri-ciri keusahawan yang dipupuk oleh Dato Jimmy Choo

Pengambil risiko
Untuk mencapai impian sejak kecil lagi, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat mengambil risiko untuk membuka kedai kasutnya selepas tamat pengajiannya dengan membuat keputusan untuk menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Dengan ini, kami boleh tahu, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat merupakan seorang pengambil risiko yang berani. Beliau tidak takut untuk menyewa sebuah bangunan hospital yang sudah usang dengan berazam ingin mencapai impiannya iaitu membuka sebuah kedai kasut. Oleh itu, kami tahu seseorang usahawan mestilah merupakan seorang yang berani mengambil risiko dan tidak takut untuk menghadapi halangan pada masa depan.

Tajam Daya Pemerhatian
Datuk Jimmy Choo Yeang Keat mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya, seorang tukang kasut sepenuh masa. Beliau sering menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Oleh kerana beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang membuat kasut, malah kami boleh mengetahui bahawa sejak kecil lagi beliau telah didedahkan persekitaran yang membuat kasut seperti alatan untuk membuat kasut dan kemahiran bapanya dalam menghasilkan sepasang kasut. Malah dengan daya pemerhatian beliau yang tajam telah membolehkan beliau Berjaya menghasilkan sepasang kasut pada hanya umur 11 tahun. Kemahiran dan kepakaran beliau amat mempersonakan orang lain.

Kreatif dan Inovatif
Kini jenama Jimmy Choo telah mendapat sambutan meriah dari selebriti di serata dunia kerana memang kreatif dan inovatif Datuk dikaitkan dengan gaya, keistimewaan, kemewahan dan ketulenan. Oleh sebab keunikan kasut yang direka oleh beliau, maka sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Situasi ini telah membuktikan bahawa kreatif dan inovatif beliau dalam menghasilkan sepasang kasut yang corak-coraknya berbeza dan kasut Jimmy Choo diperbuat daripada suede hitam dan kulit dan juga dilindungi di kancing logam sehingga sepasang kasut mencecah beribu-ribu US dollar.

Berfikiran Terbuka
Datuk Jimmy Choo telah menyambungkan pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London setelah beliau tamat pengajiannya di dalam Malaysia. Situasi ini membuktikan beliau merupakan seorang yang berfikiran terbuka agar dapat mempelajari fesyen di luar Negara yang berbeza style dan mempunyai keunikan yang istimewa dengan yang ada dalam tempatan di Malaysia. Dengan ini, beliau telah memasuki pengetahuan yang telah dipelajari di London dalam menghasilkan kasut sehingga kini beliau telah berjaya dikenali sebagai seorang pereka ksut yang terkenal di seluruh dunia.



Rangkaian
Pada masa kini,Datuk Jimmy Choo telah mempunyai rangkaian sendiri di dalam laman web iaitu www.jimmychoo.com. Di dalam laman web tersebut, pengguna boleh menempah dan membeli selain kasut, bag dan aksesori juga disediakan. Ini menunjukkan beliau telah mempunyai rangkaiannya sendiri di seluruh dunia ini.

Biodata Jimmy Choo

Usahawan yang berjaya di Malaysia :
Datuk Jimmy Choo Yeang Keat



Biodata usahawan

Datuk Jimmy Choo Yeang Keat adalah seorang pereka kasut yang bertaraf antarabangsa dan terkenal di Malaysia. Beliau berumur pada 68 dan dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 15 November 1948.Nama sebenar Datuk Jimmy Choo adalah Jimmy Chow. Syarikat pendaftaran telah tersalah mengeja nama beliau menjadi Jimmy Choo pada sijil kelahiran. Namun hikmah besar daripada kesilapan itu adalah sehingga kini, nama Jimmy Choo dikenali di serata dunia oleh pelbagai peringkat masyarakata terutama golongan bangsawan dan selebriti.

Latar Belakang

Datuk Jimmy Choo Yeang Keat mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya, seorang tukang kasut sepenuh masa.Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau sering menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Beliau seterusnya menyambungkan pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya. 


Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.

Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).

Cabaran yang dihadapi

Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya. 
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana. 
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.
Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. 
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan. 
Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan. 
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat. 
Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen. 
Anugerah yang diperoleh 
Beliau dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.Selain itu, beliau juga mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.Datuk Jimmy Choo merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.Oleh sebab Datuk Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.