Friday 18 November 2016

Ciri-ciri Keusahawanan


1.1 CIRI-CIRI USAHAWAN
1.1.1 RANGKAIAN USAHAWAN (NETWORKED) 
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Rangkaian usahawan adalah salah satu ciri yang sangat penting dalam memastikan kejayaan seseorang usahawan. Rangkaian merupakan perhubungan yang dibina untuk berkekalan dan saling menguntungkan antara usahawan itu sendiri dan bagi mereka yang terlibat. Rangkaian juga bermaksud sebagai jaringan perniagaan atau dikenali juga sebagai jaringan formal atau ‘extended network’ yang merupakan hubungan yang pada mulanya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Ianya juga merupakan hubungan yang wujud antara beberapa individu di dalam sesebuah perniagaan seperti peniaga, pembekal, pelanggan, pihak bank, akauntan, kerajaan dan seumpamanya. Usahawan yang mempunyai rangkaian yang efektif dan baik bagi pengguna luaran dan dalaman mampu menjadikan ianya sebagai satu kelebihan peluang perniagaan bagi usahawan tersebut. Hubungan rangkaian yang baik juga mampu mewujudkan sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak seterusnya mampu mencipta nama di dalam industry di sebalik mempunyai rangkaian yang baik.
Sebagai contoh, usahawan yang dapat dikaitkan di sini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan ahli perniagaan Melayu yang merebut peluang untuk menggunakan pengaruh dan hubungan rapat dunia Islam bagi menggerak dan mengembangkan pelaburan dan modal ekonomi di antara negara-negara Islam seluruh dunia. Ini dapat dilihat melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama beliau dan rakannya yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersertakan modal pelaburan sebanyak RM 1 billion. Syarikat mereka menjalankan kegiatan memproses aluminium, penjana kuasa dan hartanah. Perniagaan mereka terus maju apabila telah membuat perjanjian dengan Mohamad Ali Allabar kerana ianya telah berjaya menarik ramai pelabur asing dari serata dunia terhadap syarikat mereka. Beliau telah menggunakan dengan baik terhadap kelebihan yang dimiliki oleh rakannya iaitu memiliki kewangan yang kukuh bagi menjayakan perniagan mereka bersama-sama.

1.1.2 BERANI MENGAMBIL RISIKO (OPEN RISK TAKER) 
Tan Sri Lim Goh Tong

Risiko bermaksud kemungkinan bagi seseorang mendapat bahaya atau kerugian dalam sesebuah perniagaan. Terdapat beberapa risiko yang dapat dikenalpasti antaranya ialah risiko kerugian kewangan, risiko terhadap fizikal diri dan risiko kehilangan sesuatu yang berharga buat diri seseorang itu. Bagi seseorang usahawan, berani untuk mengambil risiko adalah salah satu factor yang mendorong kepada kejayaan mereka. Secara teorinya, semakin besar risiko yang diambil oleh seorang ushawan, maka semakin besar peluang dan kejayaan yang akan diperolehi kelak. Sebelum mengambil seseuatu risiko, usahawan perlulah mengkaji dan membuat penialaian terhadap risiko yang bakal dihadapi agar dapat mencuba untuk mengatasinya.
Usahawan yang dapat dikaitkan dengan ciri usahawan ini ialah Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan pengasas dan PresidenGentingGroup. Pada tahun 1964, beliau telah terfikir untuk membina suatu tempat yang bercuaca dingin yang boleh dinikmati oleh orang ramai kerana Malaysia merupakan negara yang bercuaca panas sepanjang tahun. Idea ini tercetus ketika beliau sedang menjalankan projek hidroelektrik di Cameron Highland. Setelah menjalan beberapa kajian, beliau telah memutuskan untuk memilih kawasan antara Genting Sepah ke puncak Gunung Ulu sebagai kawasan yang paling sesuai buat perniagaannya. 
Bagi membuka perniagaannya di atas puncak tersebut, beliau perlu membina jalan untuk ke puncak itu dan hal ini adalah mustahil bagi sesetengah pihak kerana kosnya yang sangat tinggi. Beliau telah dilabel sebagai seorang yang gila kerana telah merealisasikan idea yang tidak menjanjikan pulangan modal dan merupakan satu idea yang sangat mustahil. Walau bagaimanapun, beliau tidak mempedulikan kritikan orang di sekeliling dan berusaha dengan sedaya upaya untuk mengumpul duit dan merealisasikan idea beliau. Oleh sebab keberanian beliau untuk mengambil risiko dalam perniagaan, beliau kini telah membuahkan hasil apabila Genting Highland Resort telah menjadi pusat peranginan dan pelancongan yang sangat maju dan sering mendapat sambutan daripada pengunjung. Ciri ini dapat dilihat apabila beliau mengambil risiko yang sangat tinggi untuk membuka pusat peranginan di puncak bukit yang belum tentu menjanjikan sebarang keuntungan kepada beliau.

1.1.3 PEMERHATI (OBSERVANT) 
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah

Pemerhati dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia juga membawa maksud seseorang yang memberikan perhatian yang banyak dalam membuat sesuatu kerja dan melakukannya dengan penuh berhati-hati. Bagi menjadikan seseorang ushawan itu berjaya, usahawan perlulah bersikap prihatin terhadap persekitarannya dan mencuba untuk merebut segala peluang yang ada dalam memajukan perniagaannya. Di samping itu, usahawan perlulah mempunyai daya penglihatan yang tajam serta mempunyai kebijaksanaan untuk berfikiran jauh dan luar daripada kotak fikiran.
Sebagai contoh, usahawan yang dapat dikaitkan dengan ciri ini ialah Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah yang merupakan seorang usahawan yang mempunyai daya pemikiran yang tajam. Hal ini dapat dibuktikan melalui tindakan beliau dalam mengendalikan kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1985. Pada era kegawatan ekonomi tersebut, Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang sangat tinggi yang hamper melenyapkan dana pemegang sahamnya. Dalam situasi berikut, beliau telah Berjaya untuk berfikir kehadapan dengan mencetuskan idea untuk melibatkan diri dalam sector pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan. Dengan memiliki daya pemikiran yang teliti dan kreatif, beliau telah berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhaddan Sunway Building Technology Berhad. Hal ini membuktikan bahawa jika seseorang usahawan mampu untuk memiliki daya pemikiran yang tajam dan mampu untuk melihat factor persekitaran perniagaannya maka usahawan tersebut dapat mecipta nama yang besar dalam bidang perniagaannya.

1.1.4 PROAKTIF (PROACTIVE) 
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin

Proaktif bermaksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Dengan kata lain, tujuan tingkah laku yang proaktif adalah untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan serta mengambil tindakan segera terhadap masalah, ancaman dan potensi. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, mereka perlu ada sikap proaktif dalam diri kerana dengan adanya cirri ini mereka akan mempunyai matlamat yang jelas dan bertindak lebih agresif dalam segala tindakan yang akan dilakukan dalam dunia perniagaan.
Tambahan pula, usahawan yang proaktif akan selalu mencari peluang-peluang baru di luar bidang operasi perniagaan untuk mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang proaktif akan memperbaiki kelemahan perkhidmatan ataupun produk dengan segera sekiranya berlaku situasi di mana pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan atau produk yang diberi oleh usahawan.
Tokoh usahawan Malaysia yang boleh dikaitkan dengan sikap proaktif ini adalah usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin dan beliau telah menubuhkan pasaraya Mydin selepas ayah beliau. Sebut sahaja pasaraya Mydin, pasti semua lapisan masyarakat Malaysia mengetahuinya iaitu sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya yang lain, tambahan pula, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu.
Beliau bersikap proaktif dengan cara mencari peluang-peluang dalam pasaran yang membolehkan perniagaanya berkembang maju serta tidak lupa juga untuk memenuhi permintaan dipasaran dengan menawarkan harga jualan yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain. Sebagai tambahan, beliau juga mencari maklum balas daripada pelanggan untuk memenuhi permintaan baru pelanggan. Oleh itu, sebagai usahawan perlu ada sikap proaktif dalam diri dan pandai mencari peluang untuk memajukan perniagaan.

1.1.5 KERJA BERORIENTASIKAN KUMPULAN (TEAM ORIENTED) 
Datuk Wan Mohamad Sani Salleh

Kerja berorientasikan kumpulan membawa maksud kerja dalam sepasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerja berorientasikan kumpulan juga membawa maksud usahawan itu sendiri tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja namun setiap keputusan yang dibuat di dalam sesuatu projek perlu ada perbincangan dan persetujuan semua pihak dalam sesebuah organisasi.
Selain itu, kerja berorientasikan kumpulan berkonsepkan tiada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap orang dalam kumpulan tersebut mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatdan idea mereka tanpa ada sifat diskriminasi. Dalam kontek sini, pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang saling bekerjasama antara satu sama lain dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat, visi, misi, serta sasaran yang ingin dicapai dalam kerja berpasukan.
Dengan adanya criteria ini, projek yang dijalankan akan menjadi mudah dan tidak berlakunya masalah yang tidak diingini. Seperti mana yang kita lihat, dalam sesebuah syarikat mempunyai kumpulan atau pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Usahawan yang berjaya perlulah mempunyai semangat berpasukan dan mempunyai standard dan kualiti yang tinggi untuk membantu syarikat berkembang dan terus membangun pada masa yang akan datang. Tokoh usahawan yang mempunyai ciri kerja berorientasikan kumpulan adalahDatuk Wan Mohamad Sani Salleh. Beliau merupakan seorang usahawan automotif iaitu perniagaan dalam bidang pengangkutan. Beliau juga adalah PengarahUrusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang dikenali masyarakat dan namanya terukir pada badan bas yang berwarna merah ‘Sani Express’ yang kini menjadi pilihan ramai pengguna untuk menggunakan bas tersebut bagi perjalanan jarak jauh.
Kriteria kerja berorientasikan kumpulan ini ada terdapat dalam diri usahawan ini di mana pada mulanya, beliau membuka perniagaan bersama dua orang rakan kongsi sehinggalah akhirnya dua orang rakannya itu membuat keputusan untuk menarik diri. Pada saat itu juga lah, beliau mula merasakan keadaan yang sukar kerana terpaksa melakukan semuanya bersendirian tanpa rakan kongsi. Namun dengan adanya semangat keusahawanan yang kuat dalam diri, beliau mampu bangkit daripada situasi yang sukar dan kini beliau telah memiliki lebih daripada 150 kakitangan sendiri.
Selain itu, beliau juga mesra dengan kakitangannya dan sentiasa mengambil berat setiap jawatan yang ada di dalam syarikat beliau daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana beliau berpendapat bahawa jika satu jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu. Maka, wajarlah Datuk Wan Muhamad Sani Salleh dijadikan tokoh usahawan untuk kriteria kerja berorientasikan kumpulan.


1.1.6 BERFIKIRAN YANG BEBAS (OPEN MINDED)
Ray Kroc

Pada era teknologi kini, usahawan seharusnya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang-peluang yang ada dengan sendirinya. Dengan kata lain, usahawan yang mempunyai criteria ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah seorang peneraju kejayaan dalam sesebuah perniagaan.
Tambahan pula, usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan untuk membuat keputusan yang terbaik dan menjana idea yang lebih kreatif dan mesra pelanggan. Namun begitu, segala keputusan yang ditetapkan berdasarkan kepentingan yang membawa kepada keuntungan perniagannya. Untuk pengetahuan anda, melalui kreativiti yang ada pada diri usahwan, mereka boleh mempertingkatkan perniagaan secara semula jadi melalui sifat berfikiran yang bebas.
Tokoh usahawan yang berfikiran bebas yang boleh dicontohi ialah usahawan dalam bidang makanan, Ray Kroc iaitu pemilik McDonald’s. Beliau dikatakan mempunyai ciri berfikiran yang bebas kerana beliau telah mempelbagaikan menu, reka bentuk bangunan dan reka bentuk dalaman kepada penyesuaian budaya tempatan sesuatu tempat. Hal ini dapat dilihat di negara-negara Islam seperti Pakistan dan Malaysia. Beliau telah mendapatkan sijil halal makanan di samping telah mengiklankannya melalui media massa dan risalah yang memberi jaminan terhadap produk makanan beliau telah disahkan  halal oleh JAKIM. Antara menu yang telah dipelbagaikan yang terdapat di Malaysia ialah bubur, sup dan lain-lain lagi dimana ianya menepati selera tempatan. Justeru, Ray Kroc sesuai dijadikan sebagai ‘role model’ bagi cirri usahawan berfikiran yang bebas.
1.1.7 BERWAWASAN ( VISIONARY)
TAN SRI DATO' LOH BOON SIEW

Berwawasan di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud seseorang yang mempunyai pandangan jauh mengenai kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu perkara dan sememangnye dia merupakan seorang pemimpin yang disanjungi. Hal ini kerana sifat berwawasan ini penting dan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap usahawan. Adalah mustahil untuk sesebuah syarikat ataupun perniagaan untuk beroperasi dengan sempurna dan operasi mereka tidak dapat dipertahankan hingga ke masa hadapan jikalau tidak mempunyai sifat ini pada seseorang usahawan. Seperti yang diketahui, usahawan akan melihat dunia dengan pandangan berbeza, mencari idea yang baharu secara berterusan, dan mencari inovasi sebagai suatu hobi.
Menurut Meriam Webster (2015), berwawasan merujuk kepada individu yang mempunyai kemampuan untuk menunjukkan idea yang jelas berkaitan apa yang perlu berlaku atau perlu dilakukan pada masa depan. Seoarang usahawan yang berwawasan mempunyai visinya sendiri di sebalik kejayaan yang dimilikinya kini. Bagi usahawan yang mempunyai visi selalunya akan membuat analisisnya sendiri tentang cabaran dan ancaman yang akan dihadapi beliau kelak. Di samping itu juga, seorang usahawan perlu menganalisis peluang dan kekuatan perniagaan yang dimiliki (Smale, 2015). Usahawan yang dipilih sebagai contoh tokoh yang mempunyai sifat berwawasan ini adalah  Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew kerana ciri ini dapat dilihat pada diri mendiang.
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew merupakan seorang jutawan di Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Sdn Bhd yang dikenali ramai sebagai “Mr. Honda”. Beliau berhijarah dari Daerah Fujian, China ke Pulau Pinang ketika umurnya 12 tahun dan beliau juga telah bekerja sebagai pelatih mekanik kereta. Bagi mendapatkan pendapatan tambahan, beliau mencuci bas kerana menurut sejarah, beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Hal ini kerana beliau mempunyai kehidupan yang sangat daif dan miskin serta tidak mampu untuk ke sekolah atass masalah kewangan. Namun begitu, beliau mempunyai kelebihan seperti daya ingatan yang sangat baik dan sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, kunci kejayaan beliau adalah beliau sentiasa berpandangan jauh kehadapan serta mempunyai kebolehan menjangka dan meramal untuk bersiap sedia. 
Beliau juga dapat dilihat sebagai seorang usahawanan yang berjaya dan berwawasan tinggi melalui pertubuhan kilang motosikal beliau di Pulau Pinang iaitu Boon Siew Assembly Plant. Kilang tersebut merupakan kilang motosikal yang pertama dibina di Malaysia atas kejayaan beliau membawa masuk motosikal Honda dari Jepun ke Malaysia. Kesan daripada penubuhan kilang tersebut, kos pemasangan dan jualan dapat dikurangkan kerana motosikal Honda tersebut tidak lagi dipasang di Jepun tetapi dipasang di Malaysia. Hasil daripada penubuhan kilang itu, Boon Siew Sdn Bhd juga telah memperkenalkan beberapa model terbaru motorsikal Honda iaitu model Honda S90Z dan sehingga kini, terdapat pelbagai jenis motorsikal Honda yang berada di pasaran.
Kelebihan bagi usahawan seperti Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang mempunyai sifat berwawasan tinggi inilah yang dapat membantu memacu beliau untuk terus berjaya terutamanya dalam bidang permotorannya.Seperti biasa, tidak semua atau hanyalah segelintir sahaja usahawan seperti beliau yang mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan. Senjata utama Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew untuk terus memajukan dan bergerak di dalam industry permotoran di Malaysia ini adalah sifat positif ini iaitu berwawasan tinggi.

1.1.8 KREATIF DAN INOVASI (CREATIVE AND INNOVATIVE)
Dato Seri Dr Hajjah Hamiza Binti Othman

Kreativiti dan inovasi adalah suatu yang boleh dikaitkan dengan penambahbaikan, pembaharuan, penemuan dan penciptaan bagi menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Seperti mana yang diketahui ramai, konsep kreativiti dan inovasi ini sangatlah luas dan ianya sering diguna pakai di dalam pelbagai bidang dan situasi termasuklah dalam bidang perniagaan. Dalam bidang perniagaan, usahawan haruslah mempunyai ciri kreatif dan inovasi ini kerana ianya sikit sebanyak dapat membantu seseorang itu untuk menghasilkan idea dan konsep yang baru sekaligus dapat mengkomersialkan idea tersebut dalam bentuk produk. 
Kedua-dua ciri ini perlu ada di dalam diri usahawan itu sendiri kerana ianya saling melengkapi satu sama lain. Usahawan yang inovasi akan berusaha untuk mengembangkan dan membuat membaharuan dalam kerjayanya agar beliau tidak dianggap ketinggalan dan mampu bersaing di dalam global. Apabila seseorang usahawan itu mempunyai sifat inovasi, maka beliau juga perlu menjadi seorang yang kreatif agar dapat menghasilkan produk baru yang canggih serta mempunyai keunikkannya sendiri.  Oleh itu, usahawan perlulah mempunyai ciri ini agar dapat meghasilkan produk yang mengikut peredaran masa.
Dato Seri Dr Hajjah Hamiza Binti Othman yang lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kreatif dan inovasi ini dalam dirinya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau meggunakan sumber inovasi perubahan pasaran dan industri dimana kini masyarakat lebih tercendurung kearah produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan agar dapat memperolehi kehidupan yang sihat dan cantik. Seperti yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, Dato Seri Vida telah menghasilkan dan mengedarkan produk kecantikan dan kesihatan seperti Pamoga dan Qu Puteh. Kini, beliau telah membuat penambahbaikan dengan meluaskan lagi pengguna produknya yang dahulunya hanya untuk golongan dewasa dan remaja tetapi kini kanak-kanak turut boleh menggunakan produk untuk IQ terbaharunya.
Sebelum beliau berjaya hingga kini, pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh Dato Seri Vida untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dato Seri Vida juga mempunyai semangat kuat walaupun beliau seorang wanita dan tidak mudah untuk berputus asa dalam mempromosikan produknya walaupun pelbagai pandangan dan tuduhan terpaksa dihadapi oleh beliau bagi mempromosikan produknya.  Bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau di dalam pasaran, beliau perlu kreatif dan inovasi dan hasil daripada itu, beliau telah membuat perhitungan dan menetapkan pendiriannya dengan menaja pasukan bola sepak Kelantan dan program televisyen seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Gegar Vaganza, Mentor Millenia TV3 dan Ceria i-Star untuk memastikan agar lebih banyak produk yang dihasilkan oleh beliau dikenali ramai. Dengan menaja program tersebut sekaligus beliau dapat untuk mengambil peluang yang ada bagi mempromosikan Malaysia di pasaran global kerana produknya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Brunei dan Singapura. Beliau juga telah mengambil semua halangan yang dihadapi serta setiap kritikan dan komen yang diperolehi sebagai pembakar semangat dalam dirinya untuk menjadi lebih kreatif dan inovosi sekaligus dapat memperbaiki kelemahan yang sedia ada dalam dirinya mahupun syarikatnya.

1.1.9 KEPIMPINAN (LEADERSHIP)
Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin akan berusaha untuk mempengaruhi perlakuan pekerjanya dalam melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah unit ataupun organisasi. Oleh yang demikian, sifat kepimpinan ini amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan ataupun syarikat. Maka dengan itu, sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri seorang usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Menurut kamus dewan dan pustaka, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Sifat ini juga sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin pada zaman kini antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan transformasi, kepimpinan ‘visionary’ serta kepimpinan ‘transactional’. 
Usahawan yang mempunyai sifat kepimpinan ini dapat dilihat di dalam diri Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd. Sifat kepimpinan beliau dapat dilihat apabila penerbangan fledging dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan yang berkembang dibawah kepimpinan beliau. Tambahan pula, hutang tersebut telah berjaya dibayar balik semuanya dan telah memperoleh kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama mulakan operasi. Syarikat penerbangan beliau (AirAsia) diluaskan daripada dahulu, di mana bilangan penerbangan domestic dan antarabangsa yang sedikit sehari tetapi kini telah melonjak operasinya lebih 100 penerbangan setiap hari.  Di bawah kepimpinan Tony juga, AirAsia telah merevolusikan industri perjalanan udara di Malaysia dan merintis fenomena kos rendah di Asia. Usaha sama antara AirAsia bersama Thailand dan Indonesia turut terbentuk apabila AirAsia telah memegang 49% kepentingan di dalam kedua-dua syarikat tersebut.  
Selain daripada usaha beliau terhadap perniagaan, Tony juga tidak lupa untuk memelihara kebajikan pekerjanya seperti mana kesemua pemimpin harus lakukan. Bagi memahami dan mengetahui lebih lanjut halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pekerjanya ketika menjalankan tugasan masing-masing, beliau sendiri telah melakukan kerja-kerja yang sama seperti pekerjanya. Beliau juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap pekerjanya merupakan asset yang penting kepada syarikat kerana mereka adalah penggerk syarikat tidak kira di mana pun kedudukan pekerja tersebut. Oleh itu, beliau berusaha memupuk dan membentuk pekerja agar mengamalkan budaya kuat dan cekap dalam melaksanakan kerja bermula hari pertama mereka diambil bekerja di dalam pasukan AirAsia ini.
Kebaikan semasa kepimpinan Tony yang membuatkan pekerjanya selesa dan suka untuk bekerja di bawah kepimpinannya kerana beliau sendiri suke untuk mendengar idea dan pandangan yang diberikan oleh pekerjanya dari setiap bahagian dan peringkat. Beliau akan memberikan perhatian pada idea dan hujah yang boleh diterima pakai daripada pekerjanya. Bagi mereka yang mempunyai kerja yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat akan diberkan berbagai insentif tanda penghargaan. Insentif yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah bagi mereka yang bekerja bersungguh-sungguh, akan diberikan peluang untuk meluaskan karier mereka walaupun mereka tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Akhir sekali, Tony merupakan seorang yang tepat untuk dijadikan tokoh kepimpinan kerana beliau sentiase melihat dan memikirkan peluang yang ada serta memelihara hubungannya dengan pekerja.


2 comments:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete